Blog rasmi Nahu Al-Falah Man Jadda Wajada
Info ringkas mengenai SABK Al-Falah
Tak susah belajar Nahu! Susah bila kamu malas!
Seksyen Video! Jom tonton! Insya-Allah best!
Bahan-bahan berkaitan dengan pembelajaran Nahu, boleh dimuat turun di sini.

Pin Up!

Tentang Al-Falah


Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Falah, Kampung Siram, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim merupakan salah satu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang wujud di negeri ini. Sekolah ini berpaksikan dua sistem iaitu dari Yayasan Islam Kelantan dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini adalah salah satu dari sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Kerajaan Negeri Kelantan.

Al-Falah 2016 diterajui oleh Ayahanda Pengetua Al-Fadil Ustaz Zamri Bin Mat Yusof. Lebih suka dengan gelaran "ayahanda" di sekolah di kalangan guru-guru serta anak-anak didik sekalian sebagai melahirkan rasa kemesraan sebuah keluarga Al-Falah. Seperti seorang ayah dengan anak-anaknya. Dengan kehadiran beliau, Al-Falah telah pun melalui fasa naik taraf dengan begitu pesat sekali dalam masa kurang dari enam bulan.

Antaranya:

Pintu kayu kelas diganti dengan pintu besi kerana sekolah ini berada di laluan banjir.

Dewan Terbuka Al-Falah

Tempat Wuduk Lelaki

Surau Terbuka Al-Falah

Dewan Terbuka Al-Falah

Pentas Rasmi Al-Falah

Pondok Bacaan Al-Falah
Kerjasama para guru membantu pihak pentadbir sekolah menjayakan pembangunan fizikal dan sahsiah sekolah ini. Insya-Allah, Al-Falah akan terus meningkat naik di masa hadapan untuk kemajuan pendidikan anak-anak bangsa terutamanya di arus perdana dengan penerapan nilai-nilai agama dalam diri tiap mereka.


1 comment:

  1. gud luck alfalah....semoga terus maju dalam bidang it....
    dari peserta johan kumpulan b 2016....

    lawat page kami juga...
    yiktqm.wix.com/ulumarabiyyah

    ReplyDelete